

|
Takde tajuk...
Sunday, 11 November 2012 05:57 ♥ 0 Atashinci(s)
Assalamualaikum~ Semalam keluarga aku rancang nak pergi sarapan kat luar. Semua suruh aku dengan Abang Yayan bangun awal. Huh, kat rumah muka kitorang je yang selalu bangun lambat :p Tapi bila harini. Aku bangun nak dekat pukul 8. Lambat! Abang aku langsung tak bangun.... Apalah. Aku dah siap mandi pun -.-' Ayah cakap 2 orang bangun lambat beli roti canai jelah. Semua geleng. Dah muak kami makan roti canai. Lagi-lagi NASI LEMAK! Haha -.- Lepas tu Abang Naufal kata makan kat Mekdi jelah.Dah naik kereta lalu depan Axis semua pandang Mamak Village, Subway, Old Town. Huh~ Semua dah taknak makan kat Mekdi. Last-last makan kat Old Town. Aku order? Mee Kari. Pagi-pagi makan berlemak memang bagus --' Ayah tak order pape kat Old Town. Dia kata taknak makan makanan berat. Sebab nanti kenduri. Aku dah ternganga sebab dah order Mee Kari. Erghh, sudah -.- Lepastu dia pun pergi sebelah beli Subway. Ayah suruh temankan beli Subway sebab dia tak biasa kat situ. Haha -__- Yang ikut sarapan, mak, ayah, aku, Kakak Ira, Abang Naufal. Mak order roti je. Yang lain-lain....tak ingat --' Dah balik rumah tu aku terus tukar baju kurung. Yelah lepasni terus kenduri. Kendurinya kat Batu 8. Kampung ayah. Hewhew :3 Kat sana lepas makan-makan kat kenduri lawat rumah ayah yang kosong. Kat atas dah berhabuk. Tetiba kat dalam ada Paklang patut lah ada bunyi radio. Ibu jari kaki Paklang bengkak! Besar gila ibu jari kaki dia kot. Kesian Paklang ): Hehe, masa kat Batu 8 tu aku ada banyak tangkap gambar. Syok sendiri! Nak tengok? Tak boleh! Cehceh, jap aku bagi link :p Loading... Loading... Maaf, gambar tidak boleh dimasukkan kerana orangnya terlampau cantik. *muntah* Tak boleh masukkan lah. Upload failed. Kuajaq --' Sorry :p Hoho, kbye (;
|
Some Words ;
![]() ![]() Read okay? (: Cbox Song ;
♦ URL blog wajib ade not email ♦ Harsh words & Anon not allowed
Credits ; The Skin By : Mrs Af Basecode : Pieqah Edited : AisyahNapiah |
